Wednesday, July 7, 2010

PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan tentang perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya , bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri sabah dan Sarawak...153(1) Menjadi tanggungjawab YDP Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Perkara 153 (8A)..Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika didalam mana-mana Universiti , Kolej, dan institusi pendidikan lain yang memeberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan universiti, kolej, atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah bagi YDP Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh YDP Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.....

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan tentang HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU......adakah dengan mempertahankan hak orang Melayu...Orang Melayu itu dikatakan bersifat perkauman???...sedangkan jelas kaum-kaum lain, begitu ghairah mempertikaikan Hak Orang Melayu....

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)...Bagi PIDN, 100 pelajar ditawarkan di empat universiti penyelidikan dengan 61 daripadanya pelajar Cina, diikuti Melayu (31), India (tujuh) dan bangsa lain (seorang)....Mana Hak Istimewa Orang Melayu disini???

Biasiswa yang dulunya diperuntukkan 60% untuk orang Melayu/Bumiputra sekarang hanya tinggal 55%...X cukupkah lagi pengorbanan yang orang Melayu lakukan????

Persoalannya sekarang,,,sampai bila kita perlu menggadaikan hak kita bagi memuaskan nafsu sesetengah pihak sedangkan pihak mereka tidak pernah merasa puas atas apa yang telah kita berikan kepada mereka selama ini???...Perlukah kita menjadi pengemis di negara kita sendiri???
Tidak bolehkah kita mempertahankan apa yang kita miliki??...Jika betul sudah tiada persepakatan, mengapa perlu kita menikut telunjuk...tunjukkan kekuatan kita di bumi bertuah ini...Melayu boleh bersatu cuma jangan sampai terlambat baru kita ingin bersatu..Bersatulah dari sekarang mempertahankan hak kita...Para pemimpin Melayu Negara yang dihormati dan Disayangi...Fikirkanlah sesuatu tindakan yang wajar dan perlu dalam mengambil sebarang keputusan dan tindakan...Jangan asyik mengalah dan akhirnya menggadaikan hak milik orang Melayu...Jagalah Hak Keistimewaan Orang Melayu....Seri Paduka Baginda YDP Agong..DAULAT TUANKU...TUANKU LAH SULTAN PATIK DAN PATIK AKAN PERTAHANKAN INSTITUSI RAJA KITA....

No comments:

Post a Comment