Dah seminggu rasanya penulis tidak menulis,,,bukannya apa,sibuk dengan urusan luar hingga tidak berkesempatan untuk meluahkan apa yang difikirkan patut....
Hari jumaat yang lepas,,penulis ada menonton televisyen RTM program ISU pada sebelah malam,,Nak marah ada nak gelak pun ader...kerana isunya adalah tentang liat membayar saman..isu yang menarik untuk diulas oleh ketiga-tiga panel...seorang mewakili PDRM, seorang JPJ dan seorang adalah mewakili pengguna..
Pada artikel lepas,, ada beberapa artikel penulis yang menyentuh tentang saman ekor ini..nampaknya 2 orang yang mewakili jabatan penguatkuasaan ini masih tidak faham atau buat-buat x faham tentang masalah yang berlaku yang mampu menaikkan kemarahan rakyat seterusnya mengurangkan undi pada pilihanraya akan datang...Antara kenyataan yang dibuat...
1) Yang kena saman nie hanya 10% sahaja,,x kan kita nak jaga 10% sedangkan 90%
lagi menerima kesan atas tindakan mereka....
2) Pada tahun ini KPI kita adalah tentang menguatkuasakan kutipan saman nie, dan
tindakan kita adalah dengan menyenarai hitam mereka yang tidak membayar
saman...
Itulah antara kenyataan yang dikeluarkan,,mungkin penulis tersalah dengar tapi antara intipatinya itulah...
Yang rakyat sibuk tanya sekarang...Kenapa sekarang baru nak dikuatkuasa????...sebelum nie x de undang-undang ke???... x kan disebabkan untuk mencapai KPI yang tinggi nie tadi,,rakyat yang jadi mangsa???...Pertikaian masih banyak berkaitan tentang saman ekor nie???patutnya selesaikan dulu persoalan-persoalan yang selalu menjadi ketidakpuasan hati rakyat..Itu patut di KPI kan...
Yang rakyat mahu lagi,,,tidak adakah cara jika seseorang yang mempunyai saman yang banyak,kerana sebelum nie penguatkuasa tido,,sebelum penguatkuasaan 19 April 2010...diberi peluang untuk membayar sedikit demi sedikit tanpa menyusahkan mereka dan masih lagi bergerak menggunakan kenderaan yang mempunyai cukai jalan dan lesen memandu???
Tahu atau tidak yang 10% tadi ini majoritinya mempunyai kuasa untuk mengundi berbanding 90% yang mungkin ramai belum layak mengundi???...Rasanya jika tiada kesudahan tentang perkara ini...tidakkah mereka akan beralih arah...Ke depa memang suka mereka-mereka nie sokong pembangkang??? sebab tue buat keputusan menyusahkan ini...
Jangan Lupa kejadian di negeri Perak!!!! apabila PR menang yang depa dok bagi dulu,,,x payah bayar saman yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Tempatan...isu ini juga boleh digunakan untuk menarik pengundi menyokong depa...sapa yang rugi nie nanti??? Sekarang pun depa dok kata kerajaan pakat cari duit...memang kita boleh nafikan,,,tapi rakyat biasa nie faham ker apa yang kita nafikan ni????Sebab kita kena tahu memang bila saman ini dok menyusahkan depa,,dengan penguatkuasaan pula kerana KPI,,,kena cari duit untuk bayar,,,kerajaan dapat duit,,,memang kerajaan cari duitla...Nak nafikan camner kalau tindakan kita sendiri kurang bijak???
Cubalah fikir wahai penguatkuasa,,sebelum buat tindakan nie,,,cari mekanisme lain supaya masalah ini selesai dengan cara baik,, situasi menang-menang,,memang saman tetap saman dan ianya memang perlu dibayar...buatlah cara bagi orang yang kena saman nie rasa kerajaan pun nak tolong sama selesaikan masalah, bukan dengan menggunakan kuasa, jika boleh bagi diskaun saman sebelum tarikh penguatkuasaan tue,,bagilah,,,jika boleh dibayar ansur-ansur pun....bagilah...jangan hanya tahu memaksa sebab rakyat tidak suka...
X kan sebab KPI nak ditunjuk pada pak menteri semua nak tunjuk hebat...sedangkan kehebatan kita itu diiringi cemuhan dan rasa tidak puas hati rakyat....
Ntahlah..sampai bila penulis mampu nak beri penjelasan tentang nie pun x tahulah...Bukan per penulis x mau sokongan terhadap kerajaan menurun disebabkan tindakan kurang bijak nie sedangkan dalam waktu yang sama PM kita jenuh buat tindakan yang boleh menarik sokongan rakyat...Jangan tunggu lama virus nie...virus boleh merebak..Nak buat penyenaraiaan hitam boleh tapi mestilah disusuli dengan tindakan yang bijak........Buatlah bagi rakyat mudah menerima dan selesa dengan keputusan kita...Saman tetap saman dan memang perlu dibayar..fikirkanlah caranya agar rakyat mudah untuk menyelesaikan bayaran....
" Soal selidik program itupun memihak keptusan kepada orang yang disaman memerlukan bayaran diskaun sebelum penguatkuasaan. Selepas tarikh penguatkuasaan jika ada yang melakukan kesalahan,bolehlah kerajaan mengambil tindakan yang tegas...."
Rasanya...tiada siapa yang marah kalau kerajaan memberi peluang...
Buatlah tindakan sewajarnya....
No comments:
Post a Comment