Friday, July 16, 2010

KENAIKAN YANG TIDAK MEMBEBANKAN

Penyelarasan subsidi menyebabkan beberapa barang keperluan seperti gula, minyak petrol naik.Namun begitu jika diamati,,harga barang-barang ini sebenarnya jauh lebih murah berbanding dengan negara-negara jiran kita...

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga barangan berkenaan masih tidak tinggi dan berada pada tahap sederhana berbanding negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

Katanya, keputusan pelarasan tersebut tidak membebankan dan menjejaskan kehidupan rakyat kerana masih banyak lagi barangan dan perkhidmatan yang diberi subsidi oleh kerajaan.

"Kadar kenaikan yang berlaku agak kecil dan sebahagian besar kos barangan berkenaan masih ditanggung oleh kerajaan.

"Sebagai contoh, kenaikan harga 25 sen untuk satu kilogram gula tetapi kerajaan masih menanggung lebih 70 sen subsidi untuk bahan tersebut," katanya ketika berucap padakerajaan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Kampung Saujana di sini hari ini.

Kerajaan mengambil langkah berani dalam penyelarasan subsidi bagi meletakkan ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh pada masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu bersifat jangka masa panjang dan bakal memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, kerajaan perlu berani dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan tersebut untuk kesejahteraan rakyat.

"Kalau kita fikir kesan jangka masa pendek sepanjang masa, maka kita bukan kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan sedemikian boleh membawa negara ke arah keadaan tidak menentu," katanya ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara di sini, hari ini.

Bagaimanapun, penyelarasan tersebut masih lagi berpegang pada prinsip meminimumkan bebanan rakyat.

Katanya, rakyat negara ini sebenarnya masih membayar harga petrol, diesel, LPG dan gula jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

"Sebagai contoh, gula di Malaysia RM1.90 sekilogram, tetapi di Thailand RM2.60 sekilogram, Indonesia RM3.68 dan Filipina RM3.46," katanya.

Katanya, apa yang dilakukan kerajaan mempunyai hikmah kerana kebanyakan subsidi diberikan kerajaan bukan menguntungkan kumpulan sasar.

Najib memberitahu, dua pertiga subsidi bahan api ketika ini diperoleh golongan berpendapatan tinggi dan sederhana berbanding satu pertiga oleh golongan yang memerlukannya.

"LPG juga sebanyak 70 peratus merupakan mereka yang terlibat dalam perniagaan, hanya 30 peratus merupakan pengguna suri rumah," katanya.

Bersyukurlah, kita masih ada lagi kerajaan yang memikirkan kebaikan rakyat pada masa hadapan..Diharapkan penerangan diberikan sepenuhnya kepada rakyat agar mereka memahami situasi keadaan mengapa tindakan ini dibuat oleh kerajaan.

Rakyat biasa kurang memahami dan terdedah dengan dakyah pembangkang. Bagi mereka jika harga naik, x kira apa barang sekalipun, ianya memang menyusahkan mereka. Namun jika penjelasan diberikan sewajarnya, rasanya rakyat akan menerima walaupun dengan hati yang berat..

Jadi pada pengkhianat-pengkhianat negara ( penyeludup barang-barang di sempadan ), jika rasa inginkan kekayaan serta merta pun, uatlah kerja yang tidak merugikan rakyat keseluruhan...sebab per...dengan menyeludup barang-barang bersubsidi ini, hak rakyat lainnya telah dinafikan..

T.Kasih kerajaan kerana telah mewajibkan kenderaan asing tidak lagi menggunakan RON 95...kenderaan asing yang ingin mengisi petrol wajib menggunakan RON 97..,jika ikutkan sepatutnya kenderaan asing nak tuang minyak dalam negara kita pun seharusnya bayar pada harga tanpa subsidi..fikirkanla caranya..

Terima Kasih kerajaan...Hargailah rakyat...jangan lupa slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..

No comments:

Post a Comment