Sunday, July 18, 2010

Nik Aziz MERAPU LAGI..

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan UMNO untuk menukar dasarnya kepada Islam.

"Pada saya, kalau UMNO tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.


"PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar pada 1990 dan 2008 lalu," kata Menteri Besar Kelantan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini..

Nik Abdul Aziz berkata apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas isu perpaduan antara PAS dan UMNO apabila baru-baru ini dilaporkan bersetuju untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan perkara itu.

Namun Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz berkata pertemuan itu bukan untuk membincangkan politik sebaliknya akan bertumpu kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.

P/s...Islamkah PAS itu???...menggunakan agama Islam yang suci demi kepentingan politik untuk mendapatkan kuasa memerintah...Kalau tidak kerana PAS berjaya memperbodohkan penyokong-penyokong mereka dengan menggunakan Islam sebagai batu loncatan....rasanya PAS dah lama terkubur...

Perjuangan PAS dah jauh menyimpang...boleh pulak bekerjasama dengan syaitan,,,bodoh sangat pemimpin mereka nampaknya...x kan x tau tentang perlembagaan kot...apa pula masalahnya ngan Melayu?? x tau ker dalam perlembagaan P 160 ( 2)..meyatakan Melayu tue Islam....dah tue jika memperjuangkan Melayu dalam negara kita ini..secara automatiknya sebenarnya telah memperjuangkan Islam...

Berbeza dengan PAS yang sentiasa berdolak dalih disebabkan kepentingan kuasa...nak buat hukum hudud konon...dah 5 negeri ambil alih aritue...ngaper x buat??? dalam DUN Perak pun Nizar PENDERHAKA leh pula tanya balik...mana transkrip @ apa jua yang nyatakan PAS nak tubuh negara Islam...Apa Nie???

PAS sebenarnya bukan Parti Islam tetapi Parti Anu Semalaysia...Udah2 la tu N.ajis oiiii..jangan merapu lagi...

Tue belum kira keluarkan fatwa sesuka hati...yang kelakornya fatwa nie pulak leh double standard...x ke bengong namanya...

No comments:

Post a Comment