Isu Belum Selesai....Saman Ekor yang menyebabkan ramai rakyat mengeluh serta marahkan kerajaan.Isu ini juga dimainkan oleh pihak pembangkang untuk mendapat sokongan politik...Akhirnya kerajaan sendiri yang akan rugi kerana kurangnya mendengar keluhan yang diutarakan...
Isu Baru....Juga akan menyebabkan rakyat semakin benci pada kerajaan...Harga barang keperluan naik dan subsidi minyak diselaraskan...minyak juga dinaikkan harga....
Apa nie???? tidak kasihankah kerajaan pada penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap???...Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan mereka tetapi juga akan menyusahkan pengguna yang lain kerana jika harga barang keperluan asas ini naik ( gula dan minyak )...bermakna secara automatik..barang-barang lain juga akan naik..termasuklah harga..minuman..kuih-muih...silap-silap harga roti canai pun naik...
Dalam mengumumkan bahawa keadaan ekonomi negara terkawal..kerajaan buat pula tindakan yang kurang mesranya yang mana sebenarnya akan menghukum kerajaan sendiri...rakyat akan semakin membenci dan akan mulalah pelbagai persepsi buruk terhadap kerajaan...
Itu belum tindakan oleh parti pembangkang...sudah tentu menggunakan isu ini sebagai modal tambahan menjatuhkan kerajaan....
Berdasarkan apa tindakan ini dibuat???? biarlah tidak mempunyai pendapatan tinggi pun jika masih mampu hidup selesa...kalau negara menuju ke arah negara berpendapatan tinggi sekalipun,namun dengan pendapatan itu nak hidup pun susah, nak beli barang pun x dapat...biarlah x maju pun x pe...
Tidak kesiankah kita pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap??...Bukankah tindakan ini sebenarnya akan menyusahkan hidup mereka...Jika ader pendapatan tetap sekalipun...tidakkah kerajaan terfikir bahawa perkara ini akan menyusahkan lagi kehidupan mereka yang majoritinya memang pun susah...
Yang kaya mungkin tidak terasa..tetapi yang biasa-biasa nie memang akan terasa..Yang senang akan bertambah senang...yang susah akan bertambah susah...dan kerajaan kena tahu bahawa yang akan terasa susah adalah majoriti....dan yang sedihnya...Majoriti pula adalah orang Melayu....Kalau kerajaan yang ada tidak boleh menjaga bangsa Melayu sendiri...Dimana bangsa Melayu nak tuju????...dan jika Bangsa Melayu beralih arah,jangan kerajaan menyalahkan orang lain pula...
Buatlah tindakan yang bijak....fikirlah dulu sebelum memutuskan sesuatu...
No comments:
Post a Comment