Saturday, July 10, 2010

Bukan Pertikai Penguatkuasaan Tapi Perbetulkan dulu Pelaksanaan

Jangan Pertikai Saman Ekor...itu yang Bos Besar(PM) bagi tahu...saya faham bos..tapi rakyat yang lainnya kurang berpuashati...

betul tindakan polis adalah untuk menguatkuasakan undang-undang...itupun saya faham bos...undang-undang jangan kita langgar...ye betul...tapi...apa yang rakyat x puas hati adalah dari sistem pelaksanaan undang-undang itu sendiri...

Bagaimana saman ekor itu dilaksanakan???
Adakah ianya benar-benar membentuk sikap masyarakat kita di Jalanraya??? Sedangkan berjuta saman ekor dikeluarkan...tetapi kemalangan Jalanraya terus meningkat...

JKJR juga telah ditubuhkan ...tapi buat per...bg topi keledar free..Yang org dah bising/tertanya sapa la dapat bekal topi keledar tue???...
Suruh pasang tali pinggangbelakang, yang ader sesetengah nya x payah pasang pun x per yang penting ader pengesahan pengeluar....Apa nie???

Kenapa ada double standard...Saman Ekor lagi...kenapa sekarang baru nak disenaraihitam???? Kenapa dulu x der ker undang2 nie???...

Jika dikatakan selepas 19 April 2010 baru nak kuatkuasa,, penguatkuasaan seharusnya sama dengan saman yang dikeluarkan selepas tarikh itu sepatutnya dikuatkuasakan...baru rakyat terima...kenapa sekarang nak jadi jaguh ke???

Habis semua ingin diketatkan sedangkan sepatutnya dari dulu lagi....dalam usaha menarik sokongan rakyat...perkara ini memang menyusahkan rakyat....

Faham ke x faham nie...Rasanya leh ke menang PRU 13 jika buat tindakan kurang bijak begini bos....Harap Bos faham bos...
Memang nak memastikan rakyat lebih bertanggungjawab kata bos...ok bos...dulu kata dapat tangkap bawa laju,, depan polis tahan t.tangan saman...la nie x buat pun...buatla sistem yang nak dibuat tue..bukan main hantar surat sajer...trima ker???...
Berapa lama trima lepas tarikh kena tangkap laju tue,,,Setahun???,,,kekadang nak perbaharui lesen baru tahu,,,pastu salahkan pengguna sebab tidak memperbaharui alamat...

Senangke nak perbaharui alamat nie???? leh dok kat rumah jer pastu terus tukar???? lepas waktu kerja buka lagi ker pejabat JPJ tue???sedangkan sama-sama bekerja dalam waktu yang sama....

Bukan pertikai Bos
...tapi dah nak kuatkuasakan 19 April 2010...war-warkan seluruh negara...lepas nie saman ekor wajib bayar,,,,rasanya bijakla sikit....tapi kalau dok kutip saman-saman sebelum nie pastu senarai hitamkan...
Memang ramai lepas ni pakat bawa keta x der roadtax bos...silap-silap lesen pun x der...dah x leh hidupkan..
.Rakyat marah bos....perbetulkan apa yang patut bos...x kan nak tunggu bukti PRU13 baru bos nak ubah...dah lambat waktu nie...harap bos faham...bukan nak kurang ajar jauh sekali langgar undang-undang....

Bagus penguatkusaan tapi biarla laksana dengan cara dan tindakan yang betul agar orang kata...sama-sama menang...letih bos nak pertahankan bos kalau tindakan nie bos teruskan...akan tetap pertahankan bos...

1 comment: