Friday, July 16, 2010

Fahamilah Luahan Hati Rakyat..

Artikel saya sebelum ini ada menyentuh tentang saman ekor yang dikuatkuasakan oleh kerajaan..dibawah ini saya ada mengambil luahan hati rakyat dari akhbar Utusan Malysia tanpa sebarang edit...Baca dan fahamilah....yang meluahkan bukan seorang dua...ramai...sebab itu saya harap kerajaan mengambil tindakan yang bijak kerana kesannya kerajaan yang akan tanggung....

"LAMA SANGAT BARU TERIMA SAMAN EKOR

SAYA baru saja mendapat surat notis saman ekor dari Bukit Aman. Terkejut saya, bukan satu saman tetapi enam saman dari tahun 2003 hingga 30 Ogos 2009. Oleh itu jumlahnya pun banyak - beratus-ratus ringgit.

Maaf bukan tujuan saya hendak mengutuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi soal kelemahan pada sistem saman ekor yang dilaksanakan sekarang. Lama sangat baru dapat notis. Kalau dinilai dari segi prestasi, kecekapan, produktiviti, kualiti dan kepuasan pelanggan, berapa markah hendak diberikan.

Saya kira saman ekor yang berkesan adalah sekiranya saya melakukan kesalahan memandu melampaui had laju pada tujuh hari lalu dan kemudian saya menerima notis pada hari ini. Bukannya selepas tujuh tahun saya melakukan kesalahan, baru hari ini saya menerima notis tersebut.

Mujur juga belum ada sakit jantung. Kalau tidak, tak mustahil jandalah isteri saya dan yatimlah anak-anak saya yang sedang bersekolah sekarang sebab terkejut menerima notis saman dari PDRM.

DANG RANI

Kuala Lumpur"

2 comments:

  1. Suruh sja Tan sri Musa Hasan turunkan saman 50% ramai yg. akan bayar abis cerita.

    ReplyDelete
  2. Joe ; Bagus juga cadangan nie...kurangle sikit nak bayar saman tue...

    ReplyDelete