MENGATA orang dia yang lebih! Itu yang layak diumpamakan buat Pas dalam perjuangan mereka. Sebelum ini mereka lantang mengatakan UMNO tidak Islamik.
Apa yang terjadi kini adalah sebaliknya. UMNO kini dilihat sebuah parti yang kian lantang membela Islam dan bangsa Melayu. Sebaliknya Pas yang dilihat telah bertukar arah.
Terbaharu isu penutupan pusat hiburan sepanjang Ramadan di Kedah telah ditentang hebat oleh rakan sekongkol mereka, DAP.
Tidak sampai 24 jam, DAP menyergah Pas membantah peraturan yang akan dilaksanakan sepanjang bulan puasa itu nanti.
Pas kecut perut umpama tikus melihat kucing. Jadi, siapakah yang tidak Islamik dan menentang Islam? UMNO atau sahabat karib mereka iaitu DAP?
Malah Menteri Besar Kelantan sebelum ini dengan bangganya mengatakan Karpal Singh tidak lagi memusuhi Islam sebaliknya kian dekat kepada agama suci ini.
Tapi tentangan terbaharu DAP kali ini menunjukkan siapa Karpal Singh yang sebenarnya.
Kepada rakyat yang beragama Islam, tiliklah sedalam-dalamnya siapakah Pas hari ini.
Mereka bagai pengkhianat bangsa dan agama. Islam akan hancur dan Melayu akan lebur di tangan mereka.
Di peringkat negeri pun mereka sudah tunduk kepada parti yang memusuhi Islam, apatah lagi jika menawan Putrajaya.
Demi kuasa mereka tidak sanggup bersama UMNO walaupun UMNO kini lebih terbuka untuk menegakkan rantaian Islam di negara ini.
Sebaliknya, mereka sedia melupakan siapa Karpal dan Ambiga dan sanggup dicucuk hidung oleh kedua-dua musuh Islam ini.
Itulah PAS...Islam dilacorkan untuk kepentingan politik...DAP komunis diagungkan...Anwar peliwat dimartabatkan...akhirnya tinggallah PAS yang umpama pelacor jalanan murahan....
No comments:
Post a Comment