SAYA berharap rakyat Malaysia dapat mengambil iktibar daripada demonstrasi Bersih 9 Julai 2011 serta memahami bahawa demonstrasi jalanan tidak memberi apa-apa faedah kepada sesiapa pun, sebaliknya membawa mudarat dan keburukan.
Ia menyusahkan semua pihak termasuk pihak berkuasa, rakyat, peniaga, pekerja, pelancong dan mereka yang mencari rezeki di Kuala Lumpur khususnya. Ia juga mencemarkan imej negara.
Demonstrasi jalanan juga memecahbelahkan rakyat di negara kita kerana hanya satu golongan kecil yang menyokong cara ini. Majoriti rakyat tidak menyokong tindakan seperti ini. Tindakan untuk mengadakan demonstrasi jalanan juga bercanggah dengan sistem demokrasi kerana ia tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. Selain itu, ada batas dalam demokrasi. Hendak demokrasi mestilah patuh kepada prinsip-prinsip demokrasi, bukan mengikut emosi dan perasaan.
Mengapa begitu pendek akal golongan muda yang menyertai perhimpunan bersih terdiri daripada pelajar IPTA. Melihat cara berpakaian mereka sahaja sudah tahu mereka itu adalah pelajar IPTA. Ingat, jika tidak kerajaan yang membantu memberi dana pinjaman dan biasiswa, mana mungkin anda semua boleh melanjutkan dan menamatkan pelajaran di universiti.
Pokoknya, akal fikiran mereka yang terlibat dengan demonstrasi haram Sabtu lalu amat cetek kerana tidak tahu memilih yang mana satu betul yang mana satu salah. Perasaan kekecewaan saya ini bukanlah datang daripada diri saya seorang sahaja, malah jutaan lagi rakyat Malaysia yang sememangnya menolak demonstrasi Bersih ini.
Kepada Haji Abdul Hadi Awang, Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain, inikah ajaran Islam yang dibawa oleh mereka? Inikah fahaman yang dibawa kepada pengikut-pengikut dan ahli-ahli Pas? Sesungguhnya Pas sekarang sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal mereka sebelum ini. Di manakah ulama-ulama Pas?
Demonstrasi haram Bersih ini amat busuk sekali agendanya. Saya tidak nampak di mana rasionalnya mereka melaung-laungkan ketidakadilan dalam pilihan raya di Malaysia ini. Motif sebenarnya ialah untuk menjaga Anwar Ibrahim yang penuh dengan skandal. Pemimpin yang mereka angkat ini adalah seorang boneka kepada anasir-anasir asing untuk menggugat kestabilan di negara ini. Kerajaan harus menyiasat punca dana yang membiayai Bersih ini.
Saya sarankan kerajaan harus tegas dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang kini semakin berani membelakangkan undang-undang negara ini. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, wajib mematuhi pemerintah selagi mana pemerintah itu adil. Bagi saya yang tidak adil adalah Bersih kerana menyusahkan rakyat. Rakyat amat marah dengan mereka.
Akhirnya...yang menyertai bersih adalah lembu..lembu tunggangan orang yang menyokong murtad.kononnya memperjuangkan keadilan tetapi keadilan orang lain diketepikan..Perjuangan BERSIH penuh dengan KEKOTORAN....
No comments:
Post a Comment