KETIKA kehangatan kempen pilihan raya menuju ke puncaknya, izinkan saya memperkatakan sekali lagi isu berkaitan Amanat Haji Hadi yang nampaknya sejuk tetapi ibarat api dalam sekam kepada umat Islam. Secara senyap ia terus merayap memakan dan memusnahkan perpaduan dan penyatuan umat Islam Malaysia, khususnya di Pantai Timur sejak ia diperkenalkan oleh Haji Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 1981.
Saya yang tinggal di kampung berhampiran merasa situasi dan suasana ini. Sejak tahun berkenaan perpaduan Islam berpecah teruk, berpuak-puak dan saling memusuhi. Sehingga sekarang masih berlaku di merata-rata tempat di Terengganu dan Kelantan.
Perkara ini telah banyak dibentang, diperkata, dikupas dan diulas. Namun sehingga sekarang Hadi Awang dan pengikut Pas masih berpegang teguh kepada amanat ini.
Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.
Sebagaimana kita sedia ketahui, akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.
Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian. Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah. Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.
Kenapa perlu dipalu balik amanat pemusnah ini? Isu ini sebenarnya adalah barah yang masih menular sehingga sekarang. Hadi tidak pernah menarik balik amanat ini, apatah lagi memohon maaf kepada umat Islam Malaysia. Ini semua kerana survival politik Pas walaupun jauh di sudut hati dia tahu amanat berkenaan telah memusnahkan kesatuan, keharmonian dan perpaduan Islam. Mungkin dia sebaliknya bangga berbuat demikian, itu kita tidak tahu.
Amanat ini telah melangkau kuasa pihak berkuasa agama dan dilihat sebagai ibu segala fatwa yang sering dikeluarkan pemimpin Pas seolah-olah berlagak seperti ketua kepada semua mufti yang dilantik oleh Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam. Derhakakah beliau kepada Raja-Raja Melayu?
Apakah intipati utama dalam amanat ini? Hanya kerana satu tohmahan sahaja iaitu UMNO mengekalkan perlembagaan negara yang diibaratkan Hadi sebagai mengekalkan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir dan jahiliah, sebab itu dia menyeru menentang UMNO yang dianggap kalau sekiranya mati, maka ia adalah mati syahid.
Terjemahan yang dibuat pengikutnya ialah UMNO adalah kafir kerana mengekalkan perlembagaan negara. Kafirnya UMNO kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Lantas itu dalam beberapa PRU selepas itu, perjuangan hukum hudud dan pembentukan negara Islam dijadikan slogan perjuangan Pas dan dicanang dari satu PRU ke satu PRU.
Allah Yang Maha Berkuasa telah menunjukkan kebenaran dan kebatilan. Sebaik pakatan pembangkang memenangi beberapa negeri pada PRU 2008, Pas telah berubah wajah. Kerana nafsu serakah politik dan perjuangan pembangkang menakluki Putrajaya, Hadi sudah lupa kepada amanat keramatnya sendiri. Dia lupa bahawa rakyat Malaysia bukanlah sebodoh dan sedangkal yang disangka.
Dengan bertuankan kepada DAP, hala tuju politiknya terpaksa diubah. Setelah diugut berkali-kali oleh Karpal Singh dan DAP supaya melupakan hukum hudud dan negara Islam, dalam ketakutan maka Pas secara tiba-tiba menukar wadah perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan'. Maka keluarlah hujah baru untuk merasionalkan hala tuju baru ini.
Dalam usaha ini juga, maka timbullah hujah baru Hadi dan Pas bahawa hukum hudud hanyalah 0.0001 peratus daripada perjuangan Islam. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali, pula dalam kenyataan bersama Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengulangi bahawa pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud dan negara Islam jika mereka berjaya menawan Putrajaya. Semuanya termeterai secara rasmi apabila pakatan pembangkang melancarkan Buku Jingga.
Pembaca bolehlah membuka Buku Jingga yang dilancarkan pakatan pembangkang sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Dewan Mellineum Kepala Batas pada 19 Disember 2010. Dengan jelas, dalam pernyataan 'Dasar Bersama' memaparkan bahawa pakatan pembangkang tetap akan mengekalkan perlembagaan negara sedia ada jika dapat berkuasa nanti. Ini turut dimeterai bersama oleh Hadi Awang selaku Presiden Pas.
Untuk makluman Hadi, Melayu sebenarnya tidak mudah lupa seperti disangka! Ingatkah Hadi, kerana amanat kamu pada tahun 1981 itulah kamu dan pengikut Pas menuduh UMNO kafir semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan penjajah dan perlembagaan jahiliah? Sehingga sekarang amanat ini belum ditarik balik.
Maka Allah telah menunjukkan butir-butir kejahilan kamu dan pengikut kamu. Sekarang tiba-tiba kamu membuat perjanjian untuk mengekalkan perlembagaan negara yang telah kamu anggap sebagai perlembagaan penjajah dan perlembagaan jahiliah sehingga menuduh UMNO kafir kerana mengekalkan perlembagaan ini. Sehingga sekarang label ini masih berjalan walaupun tidak serancak dulu gara-gara perubahan hala tuju Pas.
Kini kita pulangkan kembali tuduhan lama terhadap UMNO kepada mereka pula. Apakah jatuh kafir pemimpin dan orang Pas kerana bersetuju mempertahankan perlembagaan negara sekarang (intipati Amanat Haji Hadi) sebagaimana ikrar bersama Hadi dalam Buku Jingga?
Kafirkah orang Pas kerana tidak lagi memperjuangkan hukum hudud dan menegakkan negara Islam? Halalkah penyembelihan orang Pas? Sahkah sembahyang berimamkan orang Pas? Sahkah nikah yang dibuat oleh orang Pas? Hatta, jika ditakdirkan ada orang UMNO mati kerana berlawan dengan orang Pas sekarang adakah dikira mati syahid?
Orang lain tidak boleh jawab persoalan ini kerana tuan punya amanat yang sepatutnya tampil memberi penjelasan. Kalau dulu kata UMNO kafir, apakah Pas sekarang automatik jatuh kafir juga? Sekarang ramai tertanya-tanya untuk menjawab kekusutan ini. Amanat itu bukan sahaja memusnahkan perpaduan Islam tetapi sudah sampai tahap yang boleh menyesatkan.
Kalau Hadi masih waras, rasional, berjiwa besar dan punya kekuatan iman, buanglah sifat ego dan kerakusan nafsu. Seelok-eloknya bertaubat secara terbuka dan tampillah memohon maaf kepada semua umat Islam, khususnya orang UMNO, di atas kemusnahan yang telah berlaku sejak lebih 32 tahun lalu. Allah maha pengampun tetapi kesalahan sesama umat perlu dipohon kepada sesama umat. Selagi hayat masih ada, eloklah mengambil peluang keemasan ini untuk bertaubat dan memohon keampunan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130424/fo_01/Amanat-Haji-Hadi-makan-diri#ixzz2U6eUWmBW
© Utusan Melayu (M) Bhd