Tuesday, July 13, 2010
Masuk PAS takkan membawa ke syurga ! | Unit Media Permatang Pauh
p/s Itulah hebatnya pemimpin PAS kononnya....Mampu menetukan syurga dan neraka bagi diri orang lain..Diri sendiri pergi tang mana pulak???
Asyik diulit dengan angan-angan kononnya ke syurga...tapi banyak tindakan yang dibuat semuanya menjurus ke Neraka..
PAS..Parti Anu Semalaysia..menggunakan agama Islam yang suci untuk kepentingan politik..mengeluarkan fatwa sesuka hati..fatwa pula leh ler dikira double standard...sebab per?? sebabnya bila tang orang lain yang x menyokong depa,,haram...tapi bila tang kena batang hidung sendiri...x per halal....Islam dipermainkan sewenangnya untuk mendapat kuasa...Raja sanggup diderhaka sebab kuasa...x sedar diri...patutla dapat balasan didunia..x payah tunggu akhirat...dunia pun Allah dah tunjuk...
Saturday, July 10, 2010
Bukan Pertikai Penguatkuasaan Tapi Perbetulkan dulu Pelaksanaan
betul tindakan polis adalah untuk menguatkuasakan undang-undang...itupun saya faham bos...undang-undang jangan kita langgar...ye betul...tapi...apa yang rakyat x puas hati adalah dari sistem pelaksanaan undang-undang itu sendiri...
Bagaimana saman ekor itu dilaksanakan???
Adakah ianya benar-benar membentuk sikap masyarakat kita di Jalanraya??? Sedangkan berjuta saman ekor dikeluarkan...tetapi kemalangan Jalanraya terus meningkat...
JKJR juga telah ditubuhkan ...tapi buat per...bg topi keledar free..Yang org dah bising/tertanya sapa la dapat bekal topi keledar tue???...
Suruh pasang tali pinggangbelakang, yang ader sesetengah nya x payah pasang pun x per yang penting ader pengesahan pengeluar....Apa nie???
Kenapa ada double standard...Saman Ekor lagi...kenapa sekarang baru nak disenaraihitam???? Kenapa dulu x der ker undang2 nie???...
Jika dikatakan selepas 19 April 2010 baru nak kuatkuasa,, penguatkuasaan seharusnya sama dengan saman yang dikeluarkan selepas tarikh itu sepatutnya dikuatkuasakan...baru rakyat terima...kenapa sekarang nak jadi jaguh ke???
Habis semua ingin diketatkan sedangkan sepatutnya dari dulu lagi....dalam usaha menarik sokongan rakyat...perkara ini memang menyusahkan rakyat....
Faham ke x faham nie...Rasanya leh ke menang PRU 13 jika buat tindakan kurang bijak begini bos....Harap Bos faham bos...
Memang nak memastikan rakyat lebih bertanggungjawab kata bos...ok bos...dulu kata dapat tangkap bawa laju,, depan polis tahan t.tangan saman...la nie x buat pun...buatla sistem yang nak dibuat tue..bukan main hantar surat sajer...trima ker???...
Berapa lama trima lepas tarikh kena tangkap laju tue,,,Setahun???,,,kekadang nak perbaharui lesen baru tahu,,,pastu salahkan pengguna sebab tidak memperbaharui alamat...
Senangke nak perbaharui alamat nie???? leh dok kat rumah jer pastu terus tukar???? lepas waktu kerja buka lagi ker pejabat JPJ tue???sedangkan sama-sama bekerja dalam waktu yang sama....
Bukan pertikai Bos...tapi dah nak kuatkuasakan 19 April 2010...war-warkan seluruh negara...lepas nie saman ekor wajib bayar,,,,rasanya bijakla sikit....tapi kalau dok kutip saman-saman sebelum nie pastu senarai hitamkan...
Memang ramai lepas ni pakat bawa keta x der roadtax bos...silap-silap lesen pun x der...dah x leh hidupkan..
.Rakyat marah bos....perbetulkan apa yang patut bos...x kan nak tunggu bukti PRU13 baru bos nak ubah...dah lambat waktu nie...harap bos faham...bukan nak kurang ajar jauh sekali langgar undang-undang....
Bagus penguatkusaan tapi biarla laksana dengan cara dan tindakan yang betul agar orang kata...sama-sama menang...letih bos nak pertahankan bos kalau tindakan nie bos teruskan...akan tetap pertahankan bos...
SATU LAGI TINDAKAN YANG KURANG MENDENGAR SUARA HATI RAKYAT..
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.
PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.
Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini menerima banyak rungutan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan saman ekor.
Selasa lalu, seorang pembaca dalam suratnya kepada akhbar ini berhujah yang seseorang pengguna sepatutnya tidak dihukum dan disenaraihitamkan selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.
Abdul Aziz bagaimanapun menjelaskan, sebelum menyenaraihitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM.
"Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.
"Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan itu memberikan maklumat yang salah, maka tindakan tegas akan diambil ke atasnya," katanya.
Tambah Abdul Aziz, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.
Beliau berkata, sebanyak 1.07 juta pengguna lalu lintas yang melakukan kesalahan dan mengabaikan saman disenaraihitamkan sejak ia dikuatkuasakan 15 April lalu.
Menurut beliau, notis yang diberikan sejak September tahun lalu itu dilihat memadai untuk memaklumkan kepada orang kena saman (OKS) agar membayar saman mereka bagi mengelak disenarai hitam.
Katanya, pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.
Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.
"Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta agar setiap pemilik kenderaan mengemas kini alamat masing-masing bagi memudahkan segala urusan berkaitan saman.
Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.
******p/s Seramai 1.07 juta dan 2.05 juta.Kebanyakannya memang dah boleh mengundi...tidakkah tiindakan ini kurang bijak...
Tiada alternatif lainkah sebelum sewenangnya menyenarai hitam pemilik kenderaan???..... Bukankah sebelum ini sudah ada cadangan dan rungutan berkenaan saman ekor ini..
Bukan sedikit cadangan dan rungutannya... dari siapa????....dari rakyat dibawah ini.....jika saman ekor ini menyebabkan lesen dan roadtax kenderaan tidak dapat diperbaharui...
Bagaimana pula selepas ini apabila ramai yang tidak mampu untuk membayar saman ini akhirnya tidak dapat memperbaharui roadtax kenderaan disaman pula atas kesalahan lesen tamat tempoh dan cukai kenderaan tamat tempoh tidak mempunyai cukai jalan???..
Saya utarakan ini bukan atas sebab peribadi yang mana saya juga mempunyai saman ekor ini....Bayangkan...dalam lingkungan kawasan kerja yang terhad,,,kakitangannya x sampai 15 org...sudah ada 5 orang yang merungut berkenaan perkara ini..
.Orang yang parti pembangkang usahlah citer...tapi orang yang kuat menyokong kerajaan juga sudah nampak tawar hatinya....hinggakan...salah seorangnya yang diketahui tahap kesetiaannya pada kerajaan secara berterus terang akan memangkah pembangkang kalau kerajaan bertegas meneruskan tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan....
Lihat...sebab ini pun mereka boleh beralih arah...jadi kerajaan...tolonglah...tolonglah...sebelum memutuskan tindakan yang boleh menyebabkan rakyat rasa tidak adil...
Teliti dulu cadangan yang diutarakan oleh rakyat...jangan bertindak seperti NAPOLEAN...yang akan rugi...kerajaan yang ada...rugilah kita.. kerana dalam masa yang sama ada sesetengahnya bermati-matian mempertahankan kerajaan yang ada dari segala tohmahan pembangkang,tapi tindakan kerajaan sendiri seperti ini nampak sangat kurang bijaknya...Percayalah.....
Bertindaklah segera mengubah keputusan yang merugikan kerajaan ini...Waallahualam....
Wednesday, July 7, 2010
PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perkara 153 (8A)..Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika didalam mana-mana Universiti , Kolej, dan institusi pendidikan lain yang memeberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan universiti, kolej, atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah bagi YDP Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh YDP Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.....
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan tentang HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU......adakah dengan mempertahankan hak orang Melayu...Orang Melayu itu dikatakan bersifat perkauman???...sedangkan jelas kaum-kaum lain, begitu ghairah mempertikaikan Hak Orang Melayu....
Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)...Bagi PIDN, 100 pelajar ditawarkan di empat universiti penyelidikan dengan 61 daripadanya pelajar Cina, diikuti Melayu (31), India (tujuh) dan bangsa lain (seorang)....Mana Hak Istimewa Orang Melayu disini???
Biasiswa yang dulunya diperuntukkan 60% untuk orang Melayu/Bumiputra sekarang hanya tinggal 55%...X cukupkah lagi pengorbanan yang orang Melayu lakukan????
Persoalannya sekarang,,,sampai bila kita perlu menggadaikan hak kita bagi memuaskan nafsu sesetengah pihak sedangkan pihak mereka tidak pernah merasa puas atas apa yang telah kita berikan kepada mereka selama ini???...Perlukah kita menjadi pengemis di negara kita sendiri???
Tidak bolehkah kita mempertahankan apa yang kita miliki??...Jika betul sudah tiada persepakatan, mengapa perlu kita menikut telunjuk...tunjukkan kekuatan kita di bumi bertuah ini...Melayu boleh bersatu cuma jangan sampai terlambat baru kita ingin bersatu..Bersatulah dari sekarang mempertahankan hak kita...Para pemimpin Melayu Negara yang dihormati dan Disayangi...Fikirkanlah sesuatu tindakan yang wajar dan perlu dalam mengambil sebarang keputusan dan tindakan...Jangan asyik mengalah dan akhirnya menggadaikan hak milik orang Melayu...Jagalah Hak Keistimewaan Orang Melayu....Seri Paduka Baginda YDP Agong..DAULAT TUANKU...TUANKU LAH SULTAN PATIK DAN PATIK AKAN PERTAHANKAN INSTITUSI RAJA KITA....